Tuesday, 12 April 2016

buah hati pengarang jantung. . . . A N A K

alhamdulillah, dipinjamkan lebih 2 tahun ni. aku sedar yang membandingkan, melemahkan, menindas, memaksa tidak bagus untuk anak2. lain anak lain cara ajarnya lain cara dekatnya. tak sama.
.
dulu masa belum ade anak, suami selalu cakap "yangg, nanti belajar dengan sipolan tu cara dia ajar anak2 tau" dan aku macam, hek perlu ke?? (sambil muka tah pape) sebab lain orang lain cara & bentuknya.
.
macam mana anak2 kita dimasa kecil belum dapat menentukan siapa dia dimasa depan, begitu juga sebaliknya.
.
jangan beza2 kan kemampuan anak2 kita. lain anak, lain cara dia. belum jamin anak2 yang terdidik di usia kecilnya mampu cuci berak, tukar lampin kita bila dah tua nanti. belum tau jugak anak2 yang sentiasa dengar kata mampu bela kita masa dah nyanyuk nanti dan siapa tau anak2 yang nakal malas ni yang akan jaga sempurna kita kemudian hari. yang akan ada masa2 sakarat kita menunggu mati. siapa tahu???
.
jangan terlalu cepat letakkan siapa anak2 kita dewasa nanti, jangan terlalu bangga punya anak dengar kata, bijak belajar, sihat tubuh badan. semua ni tak menjamin keberadaan anak2 dgn kita. diorang belum kenal dunia, belum kenal cinta manusia. bila sudah kenal, sikit2 mereka akan tinggal kita, lupa kita.
.
masa itu nanti, baru kita sedar perbandingan, berlebihnya kasih sayang bukan ukuran pada ada nya anak2 dengan kita. tidak juga menentukan siapa yang akan kenang kita, yang akan bersama kita, yang akan rajinnya bertanya khabar kita.
.
ingat! anak2 punya mampu sendiri. andai belum dia mampu jangan paksa! jangan asyik dengan perbandingan manusia. 
.
mak-mak pernah pesan "jagalah orang tuamu jika kau mahu anak2mu menjagamu kelak, kerana siapa kau sekarang adalah siapa anak2 mu nanti".
.
ambil yang baik2, doa yang baik2. insyaAllah dapat yang baik2. semoga bermanfaat.